Day 9
Welcome to Travian T3.6
http://forum.travian.co.uk/showthread.php?p=994068#post994068
Kepada pemain,
Semua pelayan akan ditingkat ke versi T3.6 dengan ciri ciri seperti berikut:
Perubahan:
* Titik Perhimpunan: hanya 5 pergerakan pasukan (serangan, serbuan dan bantuan) bagi setiap tahap.
* Status ikon untuk laporan, untuk mengenalpasti perdagangan serangan mudah tanpa kerugian dan sebagainya.
* Penyelidikan berturutan untuk kedai senjata dan kedai perisai
* Cukup sumber hari.... dan jumlah sumber selepas serangan dipaparkan tanpa PLUS (dan untuk akademi, kedai senjata dan kedai perisai)
* Pautan terus ke perdagangan NPC
* Pautan terus ke "pembinaan serta merta"
* Pilihan 10% bonus serangan dan pertahanan dihapuskan (hanya untuk server baru)
* Kos akaun PLUS turun dari 15 kepada 10 (hanya untuk server baru)
* Grafik-grafik untuk artifak dan lapangan sumber
* Kampung dan panel pautan terdapat fungsi "collapse"
* Bagi fungsi "dapatkan pemain" untuk emas, pemain akan hanya menerima emas setelah akaun yang diperkenalkan mengasaskan kampung kedua (bukan lagi populasi 75)
kelab EMAS:
* kos kelab EMAS adalah 100 emas untuk sepanjang waktu pelayan
* Pasukan dalam perjalanan balik boleh dipanggil serta merta dengan kos 3 emas (hanya pelayan BARU). Pasukan tidak boleh dipanggil balik jika kampung tersebut sedang diserang dalam tempoh kurang 3 jam.
* Pakar membina boleh membina 3 pembinaan berturutan dengan kos 1 emas setiap satu.
* Hantar keluar semua askar sebelum serangan datang (mereka keluar pada saat serangan dan kembali 180 saat kemudian) dengan 2 emas setiap kali membuat penghindaran. Jumlah penghindaran boleh dikawal untuk setiap kampung secara berasingan (askar mesti telah berada dalam kampung selama 10 saat kecuali mereka baru pulang dari penggunaan fungsi ini)
* Laluan perdagangan selama 7 hari, 2 emas setiap laluan selama 7 hari (hanya untuk kampung sendiri)
Ciri ciri percuma yang terdapat dalam Kelab Emas:
* Pedagang bergerak tiga kali (atas pilihan)
* Senarai kampung sasaran - memudahkan anda memilih sasaran dengan jumlah askar yang boleh ditetapkan.
* Pencarian 15 dan 9 lapangan sumber dengan bonus pilihan untuk oasis.
* Statistik serangan memudahkan anda melihat tahap efektif serangan anda ke atas kampung tertentu.
Sebarang perubahan akan saya umumkan kemudian ^_^
Terima Kasih
AdaM
MY AdmiN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment